PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR PERHATIAN: SILA BACA DOKUMEN INI SEBELUM MEMASANG ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN YANG DILESENKAN. Dokumen ini ialah perjanjian lesen ("Perjanjian") antara anda (sama ada individu atau entiti) dengan Canon Inc., yang berpusat di 30-2 Shimomaruko 3-chome, Ohta-ku, Tokyo 146-8501, Japan ("Canon"), berkenaan dengan (i) program perisian yang diberikan kepada anda bersama Perjanjian ini, manual elektronik atau dalam talian yang berkaitan, serta kemas kininya, jika ada (secara kolektif, "Perisian"), (ii) data tambahan untuk Perisian atau pencetak Canon ("Pencetak") atau kemas kini perisian tegar untuk Pencetak, yang disediakan dalam talian menggunakan Perisian ("Kemas Kini Data"), serta (iii) teks, imej, grafik dan gambaran visual lain dalam format digital (kecuali Perisian) untuk kegunaan pencetakan anda, yang disediakan bersama Perjanjian ini atau disediakan dalam talian menggunakan Perisian, serta kemas kininya, jika ada ("Data Kandungan"). Perisian, Kemas Kini Data dan Data Kandungan akan dirujuk secara berasingan atau kolektif sebagai "Perisian Yang Dilesenkan" kemudian dari ini. Walau apa pun yang terkandung di dalam ini yang menyatakan sebaliknya, Perisian Yang Dilesenkan juga merangkumi modul dan pustaka perisian tertentu yang tidak tertakluk pada Perjanjian ini ("Perisian Pihak Ketiga"). Senarai Perisian Pihak Ketiga dan terma penggunaan yang berkenaan mungkin akan dinyatakan pada hujung Perjanjian ini, dokumentasi yang berkaitan seperti manual pengguna atau maklumat lesen yang dipaparkan dalam Perisian Yang Dilesenkan. DENGAN MENGKLIK BUTANG YANG DISEDIAKAN BERSAMA PERJANJIAN INI YANG MENANDAKAN PERSETUJUAN ANDA TERHADAP PERJANIJIAN INI, MEMASANG PERISIAN YANG DILESENKAN, ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN DILESENKAN YANG TELAH ANDA SETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA PERJANJIAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA PERJANJIAN INI, JANGAN KLIK BUTANG TERSEBUT DAN TUTUP PROGRAM PEMASANGAN DENGAN SEGERA. PERISIAN YANG DILESENKAN SETERUSNYA TIDAK AKAN DIPASANG DAN ANDA TIDAK BERHAK MENGGUNAKAN PERISIAN INI. Anda bersetuju untuk menggunakan Perisian Yang Dilesenkan mengikut terma yang dinyatakan di bawah sahaja. 1. Pemilikan dan Hak Cipta: Semua hak, pegangan hak milik dan kepentingan dalam Perisian Yang Dilesenkan dimiliki oleh Canon atau pemberi lesennya. Canon atau pemberi lesennya akan sentiasa mengekalkan semua hak cipta dan hak harta intelektual lain dalam Perisian Yang Dilesenkan serta semua salinan berikutnya tanpa kira bentuk, termasuk Cetakan (seperti yang ditakrifkan di bawah). Selain daripada yang dinyatakan dengan jelas di perjanjian ini, tiada lesen atau hak, jelas mahupun tersirat, akan dipindah atau diberi oleh Canon kepada anda untuk apa-apa harta intelektual Canon dan pemberi lesennya. Anda tidak boleh mengubah suai, mengalih keluar atau memadamkan mana-mana notis hak cipta Canon dan/atau pemberi lesennya yang terkandung dalam Perisian Yang Dilesenkan dan semua salinan berikutnya tanpa kira bentuk. 2. Lesen: Lesen anda yang berikut untuk menggunakan Perisian Yang Dilesenkan bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah milik: (1) Anda diizinkan untuk menggunakan Perisian ("menggunakan" bermaksud memasang, melaksanakan atau memaparkan Perisian) dalam berbilang komputer anda. Anda tidak boleh menyewakan, memajakkan, memberikan sublesen, meminjamkan, menjual, menyerahkan, memindahkan dan mengalihkan Perisian kepada orang lain. (2) Anda diizinkan untuk menggunakan Kemas Kini Data ("menggunakan" adalah bermaksud memasang, melaksanakan atau memaparkan Kemas Kini Data) dalam berbilang komputer atau Pencetak anda. Anda tidak boleh menyewakan, memajakkan, memberikan sublesen, meminjamkan, menjual, menyerahkan, memindahkan dan mengalihkan Kemas Kini Data kepada orang lain. (3) Anda diizinkan untuk menyalin dan menggunakan Data Kandungan ("menggunakan" bermaksud memuat turun melalui Internet menggunakan Perisian, memasang, melaksanakan atau memaparkan Data Kandungan) dalam berbilang komputer anda untuk kegunaan peribadi anda sendiri. Anda tidak boleh menyewakan, memajakkan, memberikan sublesen, meminjamkan, menjual, menyerahkan, memindahkan atau mengalihkan Data Kandungan kepada orang lain. Anda juga diizinkan untuk mencetak Data Kandungan serta menggunakan, telah menggunakan, menyalin, telah menyalin dan mengedarkan cetakan sedemikian ("Cetakan") untuk tujuan bukan komersial diri anda sahaja. Anda tidak boleh menggunakan, telah menggunakan, menyalin, telah menyalin atau mengedarkan Cetakan untuk tujuan komersial. Canon tidak bertanggungjawab atas penggunaan Cetakan oleh anda, atau apa-apa dakwaan dan guaman terhadap anda yang timbul daripada atau dengan apa jua cara berkaitan dengan penggunaan Cetakan, termasuk apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang timbul daripada semua dakwaan, kerugian, kerosakan, guaman, penghakiman, kos litigasi dan yuran guaman. (4) Anda diizinkan untuk membuat sebilangan salinan sandaran Perisian Yang Dilesenkan secara munasabah untuk menyokong penggunaan yang diizinkan, selagi semua salinan sedemikian mengandungi notis hak cipta Canon seperti yang dipaparkan dalam salinan asal Perisian Yang Dilesenkan yang diberikan kepada anda. (5) Anda tidak boleh menggunakan atau menyalin Perisian Yang Dilesenkan untuk tujuan yang mengganggu ketenteraman atau moral awam atau berkaitan dengan kuasa antisosial. Selain daripada yang dinyatakan dengan jelas di perjanjian ini, anda tidak boleh menyewakan, memajakkan, memberikan sublesen, meminjamkan, menjual, menyerahkan, memindahkan, mengalihkan, menyalin, menerbit balik, mengubah suai, menyesuaikan, menggabungkan, menerjemahkan, menukar kepada bahasa pengaturcaraan lain, menjurutera berbalik, menyahkompil, mengubah, menyahhimpun atau mencipta karya terbitan yang berdasarkan secara keseluruhan atau sebahagiannya pada Perisian Yang Dilesenkan, atau mengizinkan mana-mana pihak ketiga untuk membuat sedemikian, atau menggunakan Perisian Yang Dilesenkan, kecuali seperti yang diizinkan oleh Perjanjian ini serta setakat atau dalam keadaan yang diizinkan oleh undang-undang secara jelas. 3. Pengakuan Penghantaran Maklumat: Anda mengakui dan bersetuju secara jelas bahawa (i) sesetengah Perisian mungkin akan menghantar maklumat seperti nama dan nombor siri Pencetak yang anda gunakan, jenis Perisian, tetapan bahasa, maklumat dakwat atau toner, keadaan Pencetak, rantau dan jenis OS/pelayar (selagi maklumat yang dihantar tidak mengandungi maklumat peribadi anda), supaya dapat memberi anda maklumat dan data yang paling sesuai dengan persekitaran pencetak anda apabila anda mengakses pelayan Canon atau mana-mana pihak ketiga yang ditetapkan oleh Canon; dan bahawa (ii) Canon, syarikat subsidiari dan gabungan Canon, serta pengedar dan peruncit masing-masing boleh menganalisis dan menggunakan maklumat sedemikian untuk pembangunan produk dan perkhidmatannya. 4. Sekatan Eksport: Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang, sekatan dan peraturan setiap negara yang terlibat, serta dengan Peraturan Pentadbiran Eksport ("EAR") A.S., dan untuk tidak mengeksport atau mengeksport semula, secara langsung atau tidak langsung, Perisian Yang Dilesenkan sehingga menyalahi undang-undang, sekatan dan peraturan sedemikian, atau tanpa semua kelulusan yang diperlukan. 5. Penamatan: Perjanjian ini berefektif apabila anda mengklik butang disediakan bersama Perjanjian ini yang menandakan persetujuan anda terhadap Perjanjian ini, memasang Perisian Yang Dilesenkan, atau menggunakan Perisian Yang Dilesenkan dan masih berefektif sehingga ditamatkan. Anda boleh menamatkan Perjanjian ini dengan menghapuskan Perisian Yang Dilesenkan termasuk mana-mana dan semua salinan (kecuali Kemas Kini Data yang dipasang pada Pencetak). Perjanjian ini juga boleh ditamatkan apabila anda gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat dalam Perjanjian. Apabila Perjanjian ditamatkan atas apa-apa sebab, anda dikehendaki untuk menghapuskan semua salinan Perisian Yang Dilesenkan termasuk mana-mana Perisian Yang Dilesenkan yang disimpan pada cakera keras atau pemacu keadaan pepejal mana-mana komputer yang dimiliki, dikuasai atau dikawal oleh anda, kecuali Kemas Kini Data yang dipasang pada Pencetak. Selain itu, Canon berhak untuk menggunakan mana-mana hak, kuasa atau remedi kontraktual atau undang-undang yang mungkin ada. Walau apa pun yang disebut di atas, Bahagian 1, 3, 5 hingga 9 dalam dokumen ini masih akan terpakai selepas apa-apa penamatan Perjanjian ini. 6. Sokongan dan Kemas Kini: Canon, syarikat subsidiari dan gabungan Canon, serta pengedar dan peruncit masing-masing dan Pemberi Lesen Canon, tidak bertanggungjawab untuk menyelenggara atau membantu penggunaan Perisian Yang Dilesenkan anda. Canon, syarikat subsidiari dan gabungan Canon, serta pengedar dan peruncit masing-masing dan Pemberi Lesen Canon, tidak dikehendaki untuk menyediakan apa-apa kemas kini, pembaikan atau sokongan untuk Perisian Yang Dilesenkan kecuali yang dipersetujukan secara jelas dan bertulis antara anda dan mana-mana entiti di atas. 7. JAMINAN TERBATAS: PERISIAN YANG DILESENKAN ADALAH DILESENKAN "SEPERTI SEDIA ADA" TANPA APA-APA JENIS JAMINAN ATAU SYARAT, SAMA ADA JELAS ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA JAMINAN TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN, KUALITI DAN/ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU KETAKLANGGARAN APA-APA HAK, PEGANGAN HAK MILIK DAN KEPENTINGAN, TERMASUK TANPA BATASAN, HARTA INTELEKTUAL. SELURUH RISIKO BERKENAAN KUALITI DAN PRESTASI PERISIAN YANG DILESENKAN DITANGGUNG OLEH ANDA. JIKA PERISIAN YANG DILESENKAN ROSAK, ANDA (DAN BUKAN CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI DAN GABUNGAN CANON SERTA PENGEDAR DAN PERUNCIT MASING-MASING DAN PEMBERI LESEN CANON) AKAN MENANGGUNG KESELURUHAN KOS BAGI SEMUA SERVIS, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN YANG DIPERLUKAN. SEBILANGAN DARIPADA NEGERI ATAU BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN JAMINAN ATAU SYARAT TERSIRAT, MAKA PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA. JAMINAN INI MEMBERI ANDA HAK UNDANG-UNDANG SPESIFIK DAN ANDA JUGA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUTI NEGERI ATAU BIDANG KUASA. CANON TIDAK MENJAMIN BAHAWA FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM PERISIAN YANG DILESENKAN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU BAHAWA PENGENDALIAN PERISIAN YANG DILESENKAN TIDAK TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT. Walau bagaimanapun, jika Perisian Yang Dilesenkan disediakan pada bahantara, seperti CD-ROM, Canon menjamin bahawa bahantara yang mengandungi Perisian Yang Dilesenkan tersebut bebas daripada kerosakan dari segi bahan dan mutu kerja di bawah penggunaan biasa selama tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh anda memperoleh bahantara tersebut seperti yang dibuktikan oleh resit atau cara lain yang boleh diterima oleh Canon ("JAMINAN TERBATAS"). REMEDI PELANGGAN: Seluruh liabiliti Canon, syarikat subsidiari dan gabungan Canon, serta pengedar dan peruncit masing-masing dan Pemberi Lesen Canon dan remedi eksklusif anda merupakan penggantian bahantara yang tidak memenuhi JAMINAN TERBATAS dan bahantara sedemikian hendaklah dipulangkan kepada syarikat subsidiari jualan tempatan Canon yang beroperasi di negara anda memperolehi Perisian Yang Dilesenkan dengan salinan resit atau cara lain yang boleh diterima oleh Canon. JAMINAN TERBATAS tidak terpakai jika kegagalan bahantara berlaku akibat kemalangan atau penyalahgunaan Perisian Yang Dilesenkan dan tidak akan dilanjutkan kepada sesiapa selain pengguna asal Perisian Yang Dilesenkan. 8. PENAFIAN JAMINAN. JAMINAN TERBATAS YANG DINYATAKAN DI ATAS IALAH JAMINAN TUNGGAL YANG DIBUAT KEPADA ANDA DAN JAMINAN INI DISEDIAKAN SEBAGAI GANTI UNTUK SEMUA JAMINAN, SYARAT, PERWAKILAN, PERJANJIAN, TERMA DAN KEWAJIPAN YANG DIIMPLIKASIKAN OLEH STATUT, COMMON LAW, KELAZIMAN PERDAGANGAN, PERJALANAN URUSAN ATAU LAIN-LAIN YANG KESEMUANYA DINAFIKAN DI SINI SEHINGGA TAKAT TERTINGGI YANG DIIZINKAN OLEH UNDANG-UNDANG. 9. BATASAN LIABILITI: SEHINGGA TAKAT TERTINGGI YANG DIIZINKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DALAM APA-APA KEADAAN, CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI DAN GABUNGAN CANON, PENGEDAR DAN PERUNCIT MASING-MASING MAHUPUN PEMBERI LESEN CANON TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA ATAS APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, TURUTAN, SAMPINGAN KHAS ATAU GANTI RUGI LAIN SAMA SEKALI (TERMASUK TANPA BATASAN, GANTI RUGI UNTUK KEHILANGAN UNTUNG PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN), TIDAK KIRA SAMA ADA CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI DAN GABUNGAN CANON, PENGEDAR DAN PERUNCIT MASING-MASING MAHUPUN PEMBERI LESEN CANON TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI SEDEMIKIAN ATAU TIDAK. DALAM APA-APA KEADAAN, SELURUH LIABILITI CANON, BAGI PIHAK CANON SENDIRI, SYARIKAT SUBSIDIARI DAN GABUNGAN CANON, PENGEDAR DAN PERUNCIT MASING-MASING DAN MANA-MANA PEMBERI LESEN CANON YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PERSETUJUAN INI, SAMA ADA SECARA KONTRAK, TORT (TERMASUK, TANPA BATASAN, KECUAIAN) ATAU CARA LAIN AKAN TERBATAS KEPADA LIMA DOLAR AMERIKA (US$5.00) ATAU NILAI SETARA DENGAN MATA WANG TEMPATAN YANG BERKAITAN. SEGALA PERKARA DALAM PERJANJIAN INI TIDAK AKAN MENJEJASKAN HAK BERKANUN PENGGUNA. 10. Umum: Perjanjian ini termasuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Canon berkenaan dengan Perisian Yang Dilesenkan dan mengatasi apa-apa perwakilan, perjanjian atau persefahaman secara lisan atau secara bertulis sebelum ini yang berkaitan dengan Perisian Yang Dilesenkan. Semua pihak sepatutnya tidak mempunyai apa-apa remedi berkenaan apa-apa pernyataan yang dibuat kepada mereka yang menjadi pergantungan semasa memasuki Perjanjian ini (kecuali pernyataan sedemikian dibuat secara penipuan) dan segala remedi pihak tersebut adalah pelanggaran kontrak seperti yang disyaratkan dalam Perjanjian ini. Jika pada bila-bila masa, mana-mana bahagian Perjanjian ini didapati oleh mahkamah bidang kuasa yang kompeten sebagai menyalahi undang-undang sepenuhnya atau sebahagiannya, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan dengan apa-apa cara di bawah undang-undang dalam mana-mana bidang kuasa, hal ini tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan kesahan, kesahihan atau kekuasaan apa-apa peruntukan lain Perjanjian ini. Kegagalan atau kelewatan Canon untuk menggunakan mana-mana hak, kuasa atau remedi di bawah Perjanjian ini tidak, dalam apa-apa keadaan pun, bertindak sebagai penepian hak, kuasa atau remedi sedemikian. Tiada variasi Perjanjian ini akan berefektif kecuali dinyatakan secara bertulis dan ditandatangani oleh wakil Canon yang berkuat kuasa. Peruntukan Perjanjian ini, setakat peruntukan tersebut berkaitan dengan syarikat subsidiari dan/atau gabungan Canon, boleh dikuatkuasakan secara langsung oleh syarikat subsidiari dan/atau gabungan Canon sedemikian. U.S. Government Restricted Rights Notice The Software is a “commercial item,” as that term is defined in 48 C.F.R. 2.101 (Oct 1995), consisting of “commercial computer software” and “commercial computer software documentation,” as such terms are used in 48 C.F.R. 12.212 (Sept 1995). Consistent with 48 C.F.R. 12.212 and 48 C.F.R. 227.7202-1 through 227.7202-4 (June 1995), all U.S. Government End Users acquire the Software with only those rights set forth herein. Manufacturer is Canon Inc./ 30-2, Shimomaruko 3-chome, Ohta-ku, Tokyo 146-8501, Japan. Dalam perenggan ini, istilah "Software" akan bermaksud "Perisian" di dalam ini. No. I010G024286